Dikenali sebagai Pusat tuisyen Fast Track pada awal penubuhan dari tahun 2014, Fast Track Academy telah dijenamakan sebagai sebuah akademi sekitar tahun 2021 dengan mengembangkan perkhidmatan kelas tambahan kepada semua peringkat pelajar (pra-sekolah, sekolah rendah & sekolah menengah). Kelas tambahan yang disediakan bukan hanya tertumpu kepada kelas berbentuk akademik, malah diperluaskan kepada kelas skill tambahan.
- Kelas Berkumpulan (fizikal @ dalam talian)
- Kelas Personal One-to-one (home tuition @ dalam talian)
- Kelas X-Skill (skill tambahan dalam talian)
Pengasas Fast Track Academy, iaitu En. Syed Ahsan dan Puan Mazlinda mempunyai matlamat membawa dunia pendidikan Malaysia ke arah berteknologi tinggi disamping mementingkan pencapaian & perkembangan para pelajar dalam sudut akademik, personaliti dan rohani . Matlamat ini didokong sepenuhnya oleh lebih dari 30 orang kakitangan tetap yang berdedikasi serta hampir 180 barisan tenaga pengajar profesional yang komited.